fbpx

Program Kemiskinan Haid Membantu Komuniti Perkampungan Atas Air

SEMPORNA, 19 Oktober 2022 – Masih ramai yang tidak cakna akan isu kemiskinan haid. Bila ditanya kekerapan datang bulan, ada yang satu atau dua kali sahaja setahun. Mengapa? Satu atau dua kali kerana dalam tempoh yang lain itu adalah fasa di mana dia mengandung. Realiti yang masih berlaku di negara kita namun kurang diberi perhatian.

Akhi Fairuz aktivis dalam pendidikan seksual dan juga Farah Lee antara ikon yang terlibat dalam menjayakan Projek Kemiskinan Haid di Perkampungan Atas Air, Semporna yang lalu. Pendidikan dan kesedaran tentang isu kemiskinan haid telah diberikan secara tidak langsung di samping pengagihan menstrual cup dan juga reusable cloth pad dengan kerjasama Suci Cup.

Sebanyak 23 menstrual cup dan 400 reusable cloth pad telah diagihkan. Mereka turut diberi pendedahan akan teknik dan cara mengatasi cabaran dalam menangani isu ini. Usaha ini tidak berhenti di sini. Lebih banyak program sedemikian akan dilakukan pada masa akan datang.