fbpx

Masjid Baru untuk Ramadan

SABAH, 30 Disember 2021 – Masjid yang telah dibina pada tahun 1991 telah berjaya dibina semula dan dibaik pulih melalui Projek Baik Pulih Masjid oleh Impactive Malaysia hasil kerjasama daripada penduduk tempatan di Kg. Batu iaitu perkampungan atas air Semporna, Sabah. 

Melalui projek ini, seramai 2000 orang telah menerima manfaat melalui kutipan yang berjaya dikumpulkan dan dimanfaatkan iaitu sebanyak RM 125,000 bagi membaik pulih bahagian yang telah uzur dan menaik taraf dari segi infrastruktur masjid yang berusia hampir 30 tahun. Kayu-kayu yang reput, atap bumbung yang bocor serta dinding zink yang telah berkarat telah diganti untuk menampung kapasiti jemaah yang semakin ramai.

Sebelum ini, masjid uzur ini hampir sahaja dihanyutkan air laut. Malah, banyak kerosakan yang berlaku yang boleh membahayakan keselamatan jemaah di sana. Namun begitu, melalui projek ini, tergambar raut kegembiraan bagi penduduk di sana apabila melihat masjid mereka berwajah baharu dan lebih selesa untuk melakukan aktiviti ibadah.