fbpx

Qurban di Tanzania, Afrika

AFRIKA, 6 Julai 2022 – Misi Qurban & Aqiqah di daerah Handeni, Tanzania, Afrika telah dilaksanakan buat kali kedua oleh Impactive Malaysia bagi membantu seramai 8000 orang yang terdiri daripada komuniti muslim di sana melalui ibadah qurban dan aqiqah bersempena Aidiladha dengan kerjasama NGO antarabangsa, Islamic Help.

Sambutan Hari Raya Aidiladha telah disambut meriah walaupun penuh dengan kesederhanaan. Pengagihan daging qurban dan aqiqah sebanyak 123 ekor lembu dan 69 ekor kambing telah berjaya diberikan kepada komuniti di sana melalui hasil kutipan yang berjaya dikumpulkan iaitu sebanyak RM 343,590. 

Komuniti di Tanzania yang rata-rata penduduknya adalah muslim sering ditindas dan kurang mendapat perhatian masyarakat dunia. Sehingga kini, kemiskinan merupakan faktor utama yang berlaku di sana sehingga memberi kesan buruk terhadap kehidupan harian terutama bekalan makanan, sumber air bersih serta aspek kesihatan yang kian meruncing.